Volkswagen lancar program jaminan mobiliti

By  |  0 Comments

Picture 2

Volkswagen Malaysia telah melancarkan program jaminan mobiliti sebagai salah satu usaha berterusan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan. Selaras dengan beberapa tindakan transformasi ini, lebih daripada 200 buah kenderaan Volkswagen akan berada di jalan raya bagi menawarkan sokongan mobiliti untuk para pelanggannya.

Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller, berkata, “Volkswagen merupakan OEM pertama di Malaysia yang melaksanakan program jaminan mobiliti ditaja sepenuhnya. Kami kini mempunyai perkhidmatan mobiliti lengkap untuk menjadikan rangkaian pengedar kami lebih komprehensif.”

Picture 1

Di mana para pelanggan Volkswagen layak menghantar kenderaan masing-masing di mana-mana pusat servis bertauliah untuk pembaikian, atau penyelenggaraan dalam tempoh melebihi 24 jam.

“Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Jadi kami berbesar hati untuk melabur ke arah ini bagi membantu meningkatkan lagi keyakinan dan kepuasan di kalangan pelanggan,”tambah Keller lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *