JPJ mengalami gangguan sistem teknikal

By  |  0 Comments

jpj-system-down

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan kenyataan bahawa sistem komputer jabatan terbabit mengalami gangguan teknikal disebabkan oleh kerja-kerja pembangunan di sekitar bangunan Pusat Data, JPJ Cyberjaya.

Secara tidak langsung, semua urusan di kaunter JPJ Negeri, pusat cawangan dan Pejabat UTC tergendala bermula 4.30 petang (25 November 2014) sehingga masalah teknikal tersebut dibaik pulih.

Sistem ini juga melibatkan aplikasi dalam talian yang turut terjejas. Buat setakat ini, pihak JPJ masih belum mengesahkan bila perkara ini dapat diatasi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *