Lexus RC coupe mewah & penuh berkuasa

By  |  0 Comments

RC350_Ext_02

Setelah membuka tempahan sejak September lalu, baru petang tadi, Lexus Malaysia telah pun melancarkan barisan model Lexus RC yang hadir dengan dua varian iaitu RC 350 Luxury dan RC F.

Ia dijual pada harga RM526,000 bagi model RC 350 Luxury, manakala RC F pula RM782,000. Kedua-duanya harga atas jalan tanpa insurans.

Model RC 350 Luxury dijanakan oleh enjin 3.5 liter V6 yang mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 314hp pada 6,400rpm dan tork 378Nm pada 4,800rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan dengan kuasa pacuan yang dihantar pada roda belakang.

Jentera ini berkemampuan dipacu daripada titik sifar sehingga 100km/j dalam hanya 6.3 saat. Manakala kelajuan paling maksimum yang mampu dicatatkan ialah 230km/j.

Ia turut tampil dengan rim aloi bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar 235/45, lampu utama LED, Kemasukan Kunci Pintar dengan butang penghidup enjin, pedal penukar gear, zon berkembar penghawa dingin kawalan automatik, tempat duduk pemandu dengan lapan pelarasan, sistem bunyi Mark Levinson dengan 17 pembesar suara, Remote Touch Controller dengan paparan Electronic Multi-Vision bersaiz tujuh inci, navigasi, Bluetooth, Drive Mode Selector (Eco, Normal, Sport) dan Sound Generator.

RC350_Int_01

Bagi elemen keselamatannya pula, ia turut dilengkapi dengan ABS, EBD, BA, VSC yang dihimpunkan di bawah Lexus’ Vehicle Dynamic Integrated Management (VDIM). Selain itu, ia juga tampil dengan lapan beg udara, Pemantauan Titik Buta dengan Kepekaan Lintasan Trafik dan dua cagak ISOFIX.

Bagi model RC F pula, ia dipadankan dengan enjin 5.0 liter V8 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 470hp pada 7,100 rpm dan tork 530Nm antara 4,800 hingga 5,600 rpm dengan transmisi automatik lapan-kelajuan. Model hangat ini mampu mencatat pacuan antara titik sifar sehingga 100km/j dalam hanya masa 4.5 saat dan kelajuan maksimum yang boleh diledakkan ialah 270km/j.

RC350_Ext_23

RC F ini juga menerima semua elemen yang turut ada pada RC 350 dengan pertambahan mod Sport+ pada Drive Selector, rear torque vectoring differential, brek Brembo, suspensi Sachs F, roda stereng F, tempat duduk sport F dan lampu kabus pada bahagian hadapan.

Ia juga turut menampilkan sistem bunyi Mark Levinson dengan 17 pembesar suara, tayar hadapan 255/35 R19 dan tayar belakang 275/35 R19. Bagi mendapatkan imej yang lebih mantap, Lexus menawarkan pilihan Pakej Gentian Karbon dengan kekemasan gentian karbon pada bonet, bumbung dan wing belakang yang kesemuanya bernilai RM71,000.

Diimport sepenuhnya dari Jepun, pembelian kedua-dua model ini turut ditawarkan dengan jaminan kilang selama tiga tahun atau 100,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *