Malaysia bakal produksi EV berharga di bawah RM100k menjelang 2017 – Madani

By  |  0 Comments

Renault-Zoe-MY-2-850x547

Rakyat Malaysia yang ingin memiliki sebuah kenderaan elektrik (EV) di bawah harga RM100,000, berpeluang memilikinya apabila sebuah model baharu bakal diperkenalkan menjelang 2017.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari, model prototaip bagi EV terbabit sedang dibangunkan dan dijangka siap pada September 2015.

Menurut beliau, model ini dijadualkan bakal diproduksi pada 2016 dan bersedia untuk dijual setahun selepas itu.

“Ia terdiri daripada dua model sedan dengan kapasiti empat tempat duduk dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 300 km/j,”ujar Madani.

Buat masa sekarang, EV yang paling murah berharga RM140,000 dan memiliki kelajuan maksimum sehingga 150 km/j.

Madani turut berkata, bagi memastikan EV terbabit boleh dijual pada harga yang rendah, pihak kerajaan sedang mencari jalan bagi memajak bateri lithium sebagai penjana kuasa kenderaan terbabit.

Di mana bateri tersebut akan dapat mengurangkan kos penyelenggaraan kenderaan yang lebih rendah dan

Bateri pajakan akan mengurangkan kos penyelenggaraan kereta yang rendah dan satu set kenderaan dan konfigurasi bateri yang membolehkan bateri untuk ditukar dan konfigurasinya juga boleh ditukar dengan mudah. Beliau turut menambah, pembuatan bateri tempatan juga adalah sebagai salah satu langkah bagi membuat bateri pajakan itu suatu kenyataan.

Katanya lagi, dengan adanya model baharu tersebut diharap dapat membantu negara mencapai sasaran 10% sumbangan daripada EV untuk Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) menjelang 2020.

“Kita juga mempunyai perancangan untuk membawa masuk EV unit CBU pada tahun hadapan sebelum memperkenalkan unit CKD. Di mana unit CBU ini adalah daripada segmen tertinggi untuk memberi pendedahan kepada para pembeli mengenali konsep EV terlebih dahulu sebelum EV buatan tempatan bersedia ke pasaran pada tahun 2017,”ujar Madani lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *