ETCM umum pemenang ‘The Great Nissan Buy 1 Win ‘ – Kempen kedua dimulakan

By  |  0 Comments

TeanaDrive20

Pusingan pertama kempen ‘The Great Nissan Buy 1 Win 1’ anjuran Edaran Tan Chong Motor (ETCM) berakhir dengan pengumuman enam pemenang bertuah yang memenangi kereta-kereta Nissan bernilai lebih RM888,888.

Diadakan sempena ulang tahun ke-57 Tan Chong dan kemerdekaan ke-57 negara, kempen ‘The Great Nissan Buy 1 Win 1’ merupakan satu penghargaan untuk memberi ganjaran kepada para pembeli kenderaan Nissan.

Para pemenang tersebut ialah Raziff Suhairi Shabaan yang membeli sebuah Nissan Teana 2.5XV dan dia memenangi sebuah Nissan Serena S-Hybrid. Kelvin Ong Wei Chong yang membeli sebuah Nissan Almera pula dihadiahkan dengan sebuah Sylphy 1.8E. Aidasuzana Md Arshad yang membeli Nissan Grand Livina 1.6L memandu pulang sebuah Nissan Serena S-Hybrid.

Arnizah Kasbulah pula memenangi Nissan Teana 2.0XE selepas membeli Nissan Sylphy 1.8VL. Sementara On Keur Li yang membeli Nissan Serena S-Hybrid dihadiahkan sebuah Nissan Teana 2.5XV. Pemenang terakhir ialah Luhat Jok yang membeli Nissan Navara dan berjaya memandu pulang sebuah Nissan Sylphy 1.8 (E).        

Serena61

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng memberitahu, kempen ini menerima maklum balas memberangsangkan. Hasilnya, ETCM membuat keputusan untuk memberi peluang sekali lagi kepada rakyat Malaysia memenangi model-model terlaris Nissan menerusi kempen ‘The Great Nissan Buy 1 Win 1’ Pusingan Kedua.

“Sama seperti sebelum ini, para pelanggan yang membeli model-model Nissan terpilih layak untuk menyertainya. Lima orang pelanggan bertuah berpeluang untuk memenangi sebuah model Nissan. Kempen ‘The Great Nissan Buy 1 Win 1’ Pusingan Kedua sudah pun bermula pada 1 November, dan akan berakhir pada 31 Disember 2014.”

Dengan hadiah bernilai lebih RM600,000 untuk dimenangi, rangkaian model kini merangkumi Nissan Sylphy serba baharu, Nissan Navara, Nissan Grand Livina dan Nissan X-Trail.

Screen Shot 2014-11-21 at 10.35.36

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *