Peugeot Ipoh Garden dilancarkan

By  |  0 Comments

Peugeot Ipoh Garden

Nasim Sdn Bhd semakin agresif mengembangkan lagi rangkaian perniagaan mereka dengan melancarkan bilik pameran terbaharu Peugeot yang terletak di Ipoh, Perak.

Peugeot Ipoh Garden merupakan cawangan kelima yang dilancarkan oleh Nasim pada tahun ini dan juga cawangan ketiga Peugeot yang berada di Perak.

“Perak merupakan pasaran ke-empat paling penting buat Peugeot. Ia juga mempengaruhi Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi Perak. Tahun demi tahun ia meningkat sebanyak 5%, manakala TIV bagi kenderaan Eropah pula turut meningkat 26%,”ujar Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Operasi Nasim.

Memiliki fasiliti seluas 2,000 kaki persegi, Peugeot Ipoh Garden merupakan pusat pameran 1S yang turut membantu melengkapi pusat 3S Peugeot Ipoh.

Peugeot Ipoh Garden Launch

Dibina dengan kos pelaburan sebanyak RM500,000, Peugeot Ipoh Garden mensasarkan pelanggan yang menetap di sekitar Batu Gajah, Chemor, Gopeng, Ipoh, Jeram, Kampar, Kampung Kepayang, Lahat, Malim Nawar, Mambang di Awan, Menglembu, Pusing, Tanjong Rambutan, Tronoh dan Ulu Kinta.

Selain Peugeot Ipoh Garden, tahun ini sahaja Nasim telah membuka empat cawangan lain iaitu di Desa Pandan, Kuantan, Johor Bahru dan Muar dengan jumlah pelaburan keseluruhan mencecah RM15 juta.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *