Perodua Alza serba baharu bakal dilancarkan pada 10 Januari ini?

By  |  0 Comments

ALZA1

Laman sesawang oto.com.my telah pun mempromosikan model Perodua Alza serba baharu iaitu dengan varian 1.5 liter automatik. Harga yang tertera ialah RM56,517 seunit. Antara elemen yang tertera pada promosi berkenaan ialah beg udara, butang penghidup enjin, tempat duduk balutan kulit dan pengesan bantuan parkir.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Perodua dijangka bakal melancarkan model serba baharu ini pada 10 Januari akan datang iaitu lima hari sahaja lagi. Namun sehingga kini, masih tidak mendapat kenyataan rasmi daripada Perodua sendiri mengenai perkara ini.

ALZA2

Sebelum ini Infokereta.com pernah menyiarkan artikel ringkas mengenai Alza ini selepas Perodua memuat naikkan promosi mengenainya pada laman sesawang rasmi mereka.

ALZA3

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *