Gantikan subsidi minyak dengan pemindahan tunai bersasar – Institut Penyelidikan Khazanah

By  |  0 Comments

RON95

Memetik laporan BERNAMA, subsidi minyak seharusnya digantikan secara berperingkat dengan pemindahan tunai bersasar untuk membantu golongan berpendapatan rendah, demikian menurut kajian ‘Keadaan Isi Rumah’ Institut Penyelidikan Khazanah.

Pengerusinya, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata pemindahan tunai bersasar adalah lebih baik berbanding subsidi bersasar, yang penerima manfaatnya mungkin termasuk penyeludup, perniagaan dan golongan kaya.

“Subsidi perlu disasarkan kepada rakyat Malaysia yang benar-benar layak dan mekanisme seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dapat membantu,” katanya kepada pemberita pada pelancaran hasil kajian itu pada Isnin.

Kajian itu mendapati secara purata, setiap isi rumah menerima subsidi tahunan sebanyak RM625 setahun bagi elektrik dan RM885 setahun bagi minyak, bagaimanapun isi rumah berpendapatan tinggi menerima kira-kira 80 peratus daripada subsidi.

Laporan itu turut menyatakan bahawa subsidi regresif berikutan kebanyakan subsidi dinikmati perniagaan berbanding isi rumah.

“Daripada isi rumah, kumpulan berpendapatan tinggi mendapat manfaat yang paling banyak — isi rumah yang hanya mempunyai motosikal dan kipas siling menikmati subsidi yang jauh lebih rendah berbanding isi rumah yang mempunyai beberapa kereta dan pendingin hawa di Damansara Heights,” katanya.

Pada Oktober yang lalu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, mengumumkan hanya mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan akan mendapat subsidi penuh di bawah skim rasionalisasi subsidi petrol yang akan dilaksanakan tahun depan.

Bagi yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan tidak akan menikmati subsidi penuh. Manakala mereka yang berpendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 akan mendapat subsidi separuh.

Walau bagaimana pun, mekanisme perlaksanaan ini masih dikaji oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *