Suzuki menampilkan selebriti dalam siri jelajah mega

By  |  0 Comments

05 Suzuki Mega Roadshow

Suzuki Malaysia Automobile (SMA) telah melancarkan Siri Jelajah Mega yang kedua ke seluruh negara yang bermula di Lembah Klang dan menjanjikan peluang untuk para peminat dan penggemar Suzuki untuk menikmati tawaran-tawaran hebat bagi semua model Suzuki. Malah bukan itu sahaja, mereka juga akan berpeluang untuk berjumpa dengan selebriti dan penggemar Suzuki terkenal iaitu Keith Foo dan Ustaz Hanafi.

“Kami berasa amat gembira untuk mengakhiri tahun 2014 dan mengalu-alukan tahun baru dengan menganjurkan siri jelajah mega ini yang menyajikan bonanza berbentuk tawaran hebat, hadiah-hadiah menarik serta sesi pandu uji yang menyeronokkan untuk semua pelanggan yang setia mahupun baru. Ia juga bakal menjadi cara terpantas bagi orang ramai memiliki model Suzuki kegemaran masing-masing,” kata Keiichi Suzuki, Pengarah Urusan bagi Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd.

07 Suzuki Mega Roadshow

Antara model kenderaan yang ditampilkan ialah Suzuki Swift dan Swift Sport yang merupakan model terhangat Suzuki. Selain itu, Suzuki Alto, Jimny dan Grand Vitara juga akan dipamerkan.

Sepanjang berlangsungnya siri jelajah mega ini, pelanggan boleh menikmati promosi dan tawaran seperti rebat tunai sehingga RM7,000 dan kadar pembiayaan menarik serendah 1.68% bagi model terpilih. Pelanggan yang memandu uji model Suzuki kegemaran mereka akan berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM10,000.

Di samping itu, kehadiran Keith Foo dan Ustaz Hanafi di lokasi-lokasi terpilih memberikan peluang kepada para pengunjung untuk beramah mesra dengan kedua-dua jemputan istimewa tersebut yang akan berkongsi pengalaman mereka selari dengan ‘Way of Life!’ Suzuki.

04 Keith Foo & Ustaz Hanafi_Suzuki Mega Roadshow

Keith Foo, aktor yang makin terkenal selepas membintangi siri televisyen tempatan, “Arian Rose” akan membuat penampilan khas di eCurve, Mutiara Damansara pada 22 November, Queensbay Mall Penang (6 Disember), Komtar Johor bahru (25 Januari) dan Dataran Pahlawan Melaka Megamall (30 Januari).

Manakala Ustaz Hanafi yang dikenali menerusi rancangan “Tanya la Ustaz” dan “Halaqah”, akan hadir di Pusat Beli-Belah AEON Seri Manjung, Perak pada 29 November, AEON Mall Bukit Mertajam Penang pada 13 Disember, Mydin Mall Kuala Terengganu (20 Disember), KB Mall, Kota Bharu (10 Januari) dan akhir sekali di East Coast Mall, Kuantan (17 Januari).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *