Proton bawa warga Asrama Kebajikan Ar-Rayyan membeli-belah

By  |  0 Comments

PIC 2

Jumaat lalu, Proton telah menjalankan aktiviti kemasyarakatan bersama warga Asrama Kebajikan Ar-Rayyan bertempat di Pasaraya Besar Tampoi, Johor Bharu. Aktiviti kemasyarakatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat PROTON untuk mendampingi dan mengukuhkan hubungan bersama masyarakat umum di samping bersama menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Seramai 40 orang anak-anak daripada asrama terbabit telah bersama-sama warga Proton yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd Norzahid Mohd Zahudi, bertanding dalam acara ‘Membeli Belah Bersama PROTON’ di pasaraya berkenaan.

Setiap peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dan dikehendaki untuk membeli barangan keperluan harian seperti makanan, kelengkapan peribadi, alatan pembelajaran dan juga barangan kelengkapan asrama seperti alatan pencuci dan sebagainya mengikut jumlah wang dan masa yang telah diberikan.

PIC 3

“Melalui program seumpama ini, ianya dapat memupuk budaya berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah kepada anak-anak dan generasi muda seperti warga Asrama Kebajikan Ar-Rayyan ini terutamanya dalam perbelanjaan seharian. Budaya berjimat cermat ini amat perlu diterapkan dalam jiwa mereka agar dapat mengerti dan menghargai nilai wang itu sediri,” ujar Norzahid yang turut hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan tersebut.

Di samping aktiviti tersebut, PROTON juga turut menyumbangkan sumbangan wang tunai kepada Asrama Kebajikan Ar-Rayyan untuk membantu membiayai perbelanjaan mereka seharian. Asrama Kebajikan Ar-Rayyan telah dibina pada 1 Januari 2011 dan dikelolakan oleh Uztaz Mohamad Halimi Hj Kolan yang juga Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Negeri Johor. Kini asrama ini mempunyai seramai 82 orang pelajar yang terdiri daripada anak yatim/piatu, fakir, miskin dan pelajar tahfiz dari umur 6 tahun hingga 17 tahun.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *