Cadangan harga RON95 diturunkan jika harga minyak dunia turun- Ahmad Maslan

By  |  0 Comments

RON95

Pada awal Oktober lalu, ketika kecoh tentang kenaikan harga bahan api RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen seliter, ramai pihak mempertikaikan keputusan kerajaan. Malah bertambah hangat lagi apabila harga minyak mentah dunia dikatakan mengalami penurunan mencecah USD90.73 setong (rekod pada awal Oktober 2014).

Ekoran dari keluh kesah masyarakat marhaen di negara ini, semalam Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau sendiri akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya menurunkan harga RON95 sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara US$70 hingga US$75 setong, memetik laporan yang disiarkan oleh Astro Awani semalam.

Buat masa ini, minyak mentah Brent berada pada paras US$79.41 setong.

Maslan turut berkata, berdasarkan laporan daripada pegawai yang menjaga perihal subsidi minyak ini, jika harga minyak mencecah US$70 hingga US$75 setong, secara tidak langsung ia akan melepasi tahap subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.

Malah beliau sendiri akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya harga minyak RM95 diturunkan. Selain itu, beliau juga akan mencadangkan supaya tiada sebarang cukai jualan dikenakan ke atas minyak berkenaan.

Dalam pasa masa yang sama, beliau juga berharap, jika harga minyak berkenaan diturunkan, para peniaga juga turut menurunkan harga barangan mereka kerana kenaikan harga minyaks ering kali dijadikan alasan untuk mereka menaikkan harga barangan yang dijual. Secara tidak langsung membebankan lagi rakyat Malaysia yang semakin meningkat taraf hidup mereka.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *