Galeri : Honda Civic 1.8S 2014 kini sudah ada di bilik pameran

By  |  0 Comments

CivicFL_Ext_02

Seperti mana yang diwar-warkan menerusi laman web rasmi Honda Malaysia, model facelift bagi Honda Civic sudah pun berada di bilik pameran.

Bagi varian 1.8 S, ia ditawarkan dengan harga atas jalan bermula RM113,800 (tanpa insurans). Selain varian berkenaan, model 2.0 S dan 2.0 Navi juga turut diberi penambah baikan. Ia ditawarkan dengan harga atas jalan RM125,800 (2.0 S) dan RM132,800 (2.0 Navi), kedua-duanya tanpa insurans.

Walau pun mengalami penurunan harga berbanding dengan model terdahulu yang diperkenalkan pada tahun 2012, Civic facelift ini tidak dikurangkan elemennya. Sebaliknya ia menerima beberapa penampilan elemen baharu. (Rujuk di sini)

Walau pun tiada sebarang perubahan daripada sudut mekanikal, Civic facelift ini juga ditampilkan dengan warna baharu iaitu Twilight Blue (sama seperti model CR-V), selain pilihan warna seperti perak, putih, hitam dan kelabu. Malah, sebagai pilihan yang lebih bervariasi, Honda turut menawarkan pakej aksesori tambahan iaitu Modulo dan Mugen bagi yang berminat, ia berharga RM7,600 dan RM8,500, atau juga boleh memilih aksesori berasingan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *