Perkhidmatan kereta elektrik (EV) Ecoride bakal ditawarkan di Langkawi

By  |  0 Comments

comos 280

Bernama melaporkan, perkhidmatan kereta elektrik, Ecoride akan diperkenalkan di Langkawi sebagai kemudahan untuk pelancong tempatan dan luar negara menikmati keindahan alam semula jadi di sekitar pulau legenda itu.

Pengerusi Eksekutif CMS Consortium Sdn Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata perkhidmatan itu ditawarkan setelah mendapat persetujuan daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir baru-baru ini.

“Pihak syarikat menganggap Langkawi sebagai sebuah destinasi menarik untuk menjayakan perkhidmatan itu, yang kedua dilancarkan selepas di Melaka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas majlis pelancaran Kereta Elektrik Langkawi Ecoride oleh Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid di sini pada Jumaat.

Syed Zainal berkata syarikatnya juga akan memperkenalkan kereta elektrik berkenaan di dua lagi destinasi iaitu Putrajaya dan Iskandar Johor.

Katanya dua unit kenderaan itu akan ditempatkan di Langkawi iaitu di Jeti Kuah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) untuk memudahkan pelancong menaikinya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *