Mitsubishi ASX CKD sudah boleh ditempah – Harga bermula RM114k-129k

By  |  0 Comments

mitsubishi-asx-ckd-2wd

Jika anda ingin memiliki sebuah SUV Crossover, Mitsubishi ASX antara pilihan yang wajar diletakkan dalam senarai. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru saja membuka tempahan bagi Mitsubishi ASX model pemasangan tempatan (CKD) dengan dua pilihan varian iaitu 2WD dan 4WD.

ASX versi CKD ini dipasang di kilang milik Tan Chong Motor yang terletak di Segambut, dijanakan oleh enjin MIVEC 2.0 liter yang mampu menghamburkan kuasa maksimum 150hp dan puncak tork197Nm. Ia turut dipadankan dengan kotak gear INVEC-III CVT enam kelajuan.

Kedua-dua varian ini turut didatangkan dengan tiga beg udara, ABS, EBD, pengesan hujan automatik, tempat duduk balutan kulit, navigasi, kamera undur, dan banyak lagi. Terdapat elemen ekstra untuk varian 4WD iaitu fungsi kawalan cengkaman, sistem bantuan mendaki bukit, kawalan kestabilan aktif, bumbung panoramik, pedal penukar gear, butang penghidup enjin dan kemasan krom pada gril hadapan serta lampu kabus.

mitsubishi-asx-ckd-4wd

Dengan harga berserta cukai jalan (tanpa insurans) iaitu RM114, 270 untuk 2WD dan RM128,880 bagi 4WD, pembeliannya juga hadir dengan lima tahun jaminan tanpa perbatuan terhad. Didatangkan dengan pilihan warna Black Mica, Titanium Grey, Cool Silver dan Solid White, untuk maklumat lanjut sila kunjungi pusat jualan Mitsubishi berhampiran atau pun layari laman sesawang rasminya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *