Mitsubishi Countdown Deals kembali lagi

By  |  0 Comments

Attrage33

Sebelum tahun 2014 melabuhkan tirainya, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memulakan kempen promosi istimewa, “Mitsubishi Countdown Deals”, dengan menawarkan pelbagai ganjaran hebat. Ia adalah bagi tempahan model terpilih sebelum 31 Disember ini.

Antara model yang terpilih ialah Mitsubishi Attrage yang berharga RMRM75,796.50 bagi varian SE dan RM67,798.50 varian GS. Ia ditawarkan dengan rebat tunai sebanyak RM6,000.

Selain itu, model SUV kompak ASX pastinya turut menjadi perhatian dengan tawaran rebat tunai sehingga RM4,000. Memiliki dua varian iaitu 2WD yang berharga RM114,743.50 dan RM128,879.50 bagi varian 4WD, ASX ini dijanakan oleh enjin 2.0 liter MIVEC.

ASXdrive16

Bagi yang meminati jentera pikap, pastinya model Triton VGT GS menjadi pilihan. Ia didatangkan dengan rebat sehingga RM6,000. Model ini turut dilengkapi dengan lampu utama projektor, rim aloi bersaiz 17 inci, bumbung matahari, tempat duduk balutan kulit dan unit audio bersama skrin sesentuh dengan fungsi paparan kamera undur. Harga pasaran bagi model ini ialah RM107,809.60.

Selain itu, kempen promosi ini turut melibatkan model Pajero Sport VGT SUV dengan rebat tunai sehingga RM5,000. Mengikut pasaran, Pajero Sport GL berharga RM151,277.60 dan Pajero Sport VGT pula RM172,211.60.

PajeroSport34

Sejak tahun 2005, MMM telah menjual lebih daripada 82,000 kenderaan di Malaysia. Ini termasuklah ASX, Mirage, Attrage, Triton, Pajero Sport, Lancer GT sedan, dan kenderaan elektrik i-MiEV. Kecuali ASX yang dipasang di dalam negara (unit CKD), model-model lain Mitsubishi diimport dari Thailand dan Jepun.

Sehingga kini, MMM telah mempunyai 57 bilik pameran (dengan 43 daripadanya adalah pusat 3S) dan 47 pusat servis di seluruh Malaysia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *