Hyundai Azera 2015 diperkenalkan di Miami

By  |  0 Comments

Hyundai Azera 2015

Menjadikan pentas Miami International Auto Show yang sedang berlangsung sebagai platform memperkenalkannya, Hyundai Motor America akhirnya telah pun mendedahkan model facelift bagi Azera.

Dengan keterampilan yang lebih segar, Azera mengalami perubahan daripada segi penggayaan dengan menampilkan bampar hadapan dan gril yang telah diperkemaskinikan. Termasuklah menampilkan rim aloi bersaiz 18 inci yang lebih sporty. Bagi varian spesifikasi tertinggi, ia turut dipadankan dengan lampu kabus LED baharu.

Manakala bagi ruang kabinnya pula, ia masih belum didedahkan oleh Hyundai. Namun difahamkan, ia bakal ditampilkan dengan imej bahagian tengah baharu dengan sistem infotainmen dan skrin paparan bersaiz lapan inci.

Selain itu, ia juga bakal menaik taraf aspek keselamatan, dengan adanya ciri-ciri tambahan termasuklah Bantuan Penukaran Laluan, Pengesanan Titik Buta dengan isyarat kepekaan Lalu Lintas Di bahagian Belakang.

Malah Azera juga telah dipertingkatkan sistem Blue Link termasuklah Vehicle Safeguards Alerts In-Vehicle App bagi membolehkan golongan ibu bapa memantau anak mereka yang memandu kereta ini melalui kelajuan, masa operasi dan pergerakan yang direkodkan oleh sistem berkenaan menerusi mesej teks, e-mel atau kedua-duanya.

Di bawah hudnya, Azera dijanakan oleh enjin 3.3 liter Lambda II V6 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 293 hp dan tork 345 Nm.

Model ini akan dipasarkan di Amerika Utara tidak lama lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *