Toyota Corolla Altis 1.8G sudah berada di pasaran

By  |  0 Comments

1.8G (Dark Brown)

Setelah mengkhabarkan tentang kemasukan Toyota Corolla Altis 1.8G yang bakal menggantikan model 2.0G menerusi laman webnya pada pertengahan Oktober lalu, hari ini UMW Toyota Motor (UMWT) mengesahkan ia telah pun mula beada di pasaran.

Menurut UMWT, Altis 1.8G ini adalah varian terbaharu yang diperkenalkan bagi memenuhi permintaan pasaran.

Bagi rekaan dalamannya, antara elemen baharu yang ditampilkan ialah kombinasi material kulit upholstery seperti mana yang diimplementasikan pada model 2.0V (di mana model 2.0G hanya menggunakan fabrik bagi membaluti tempat duduknya).

Selain itu, ia juga tampil dengan sistem kemasukan pintar dan butang penghidup enjin, unit 2-DIN pemain DVD dengan enam pembesar suara dan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci yang turut berfungsi sebagai paparan kamera undur.

Manakala bagi imej luarannya pula, pemegang pintunya dikemasi dengan krom yang disesuaikan dengan garisan berkarakter sepanjang sisi kerangka model ini. Malah lampu utamanya juga mempunyai mod automatik on/off. Di mana jika ia berada pada mod auto ini, lampu utama akan menyala secara automatik apabila pencahayaan luaran berada pada tahap rendah (contohnya ketika kereta ini dipandu memasuk kawasan parkir bawah tanah) dan ia akan ditutup secara auto juga apabila pencahayaan kembali normal.

Secara mekanikalnya, model ini tiada sebarang perubahan dan masih mengekalkan enjin 1.8 liter Dual VVT-i yang dipadankan dengan transmisi Super CVT-i tujuh kelajuan.

Dengan harga yang ditawarkan iaitu RM119,900 (harga atas jalan bagi Semenanjung Malaysia berserta insurans), pembelian Altis 1.8G ini juga didatangkan dengan waranti tiga tahun atau 100,000 km (yang mana tiba terlebih dahulu).

Selain 1.8G, Altis juga ditawarkan pada varian 2.0V dengan Pakej Keselamatan Tambahan (RM139,915.30), 2.0V (RM136,015.30), dan 1.8E (RM115,900.00).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *