Siri Jelajah Mega Suzuki kali-2 menawarkan pelbagai promosi hebat

By  |  0 Comments

Suzuki-Mega-Roadshow_3

Suzuki Malaysia Automobile (SMA) bersedia untuk memulakan Siri Jelajah Mega Suzuki buat kali kedua ke seluruh negara bermula hujung minggu ini. Ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melihat secara lebih dekat model-model kenderaan Suzuki, termasuklah memenangi hadiah hebat yang ditawarkan serta dapat bertemu dengan selebriti jemputan Suzuki iaitu aktor terkenal Keith Foo dan juga Ustaz Hanafi.

Pengarah Urusan SMA, Keiici Suzuki, berkata, “Atas penghargaan buat semua pelanggan setia kami dan juga bakal pelanggan baharu, Suzuki berbesar hati untuk menganjurkan Siri Jelajah Mega Suzuki ini buat kali kedua. Ia bagi memberikan peluang kepada orang ramai untuk memandu uji mana-mana model Suzuki dan mengenalinya dengan lebih dekat lagi.”

Suzuki Swift RS InfoK 2

Antara jentera yang ditampilkan ialah Suzuki Swift dan Swift Sport yang merupakan model terhangat Suzuki. Selain itu, Suzuki Alto, Jimny dan Grand Vitara juga akan dipamerkan.

Sepanjang siri jelajah mega ini, para pelanggan juga berpeluang menikmati pelbagai promosi dan tawaran hebat, antaranya rebat tunai sehingga RM7,000 dan kadar pinjaman serendah 1.68% untuk model terpilih, Malah pelanggan yang memandu uji mana-mana model Suzuki kegemaran mereka juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000.

Siri Jelajah Mega Suzuki ini ini akan dianjurkan di Mydin USJ, Subang Jaya (7-9 Nov), Setia City Mall, Shah Alam (14-16 Nov), e@Curve, North Circle, Petaling Jaya (21-23 Nov), AEON Seri Manjung Shopping Centre, Perak (28-30 Nov), Queensbay Mall, Penang (5-7 Dis), AEON Mall Bukit Mertajam, Penang (12-14 Dis), Mydin Mall Kuala Terengganu, Terengganu (18-20 Dis), KB Mall, Kota Bahru Kelantan (8 -10 Jan), East Coast Mall, Kuantan Pahang (16-18 Jan), Komtar Shopping Centre, Johor Bahru (23-25 Jan), dan Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Melaka (30 Jan – 1 Feb).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *