Kerajaan jimat RM361.58 juta dari Mei hingga Sept disebabkan Op Titik

By  |  0 Comments

Diesel1

BERNAMA telah melaporkan kerajaan berhasil menjimatkan 142 juta liter diesel bersubsidi dengan nilai subsidi dianggarkan berjumlah RM361.58 juta untuk tempoh Mei hingga September lepas sejak Op Titik dilancarkan 15 Mei lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata sejak Op Titik dijalankan, jumlah kuantiti diesel yang perlu ditanggung subsidi oleh kerajaan juga berkurangan setiap bulan.

“Masalah ‘stock-out’ di stesen minyak yang sebelum ini berlaku hampir setiap hujung bulan, tetapi kini sudah tidak berlaku lagi. Ini bermakna ‘kebocoran’ diesel bersubsidi di stesen minyak disebabkan aktiviti penyelewengan sudah berkurangan dan dapat dikawal dengan berkesan,” katanya.

Katanya antara faktor yang menyumbang kepada penyelewengan diesel bersubsidi ialah disebabkan perbezaan harga antara stesen minyak dan harga industri, perbezaan harga di Malaysia dengan negara jiran serta tidak ada mekanisme untuk membandingkan antara diesel bersubsidi dan diesel yang dijual kepada industri.

Hasan berkata dalam Op Titik bagi tempoh 15 Mei hingga 31 Okt lepas, merekodkan 473 kes dengan nilai sitaan berjumlah RM21.86 juta.

“Op Titik yang dijalankan secara berterusan oleh KPDNKK dengan bantuan dan kerjasama daripada pelbagai agensi penguatkuasaan telah memberi impak yang sangat berkesan,” katanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *