Kadar kemalangan berkurangan sejak pelaksanaan AES

By  |  0 Comments

AES_Camera

Menurut laporan yang disiarkan oleh The Star, pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah mengurangkan kadar kemalangan di negara ini sehingga 36.84%. Di mana keseluruhan rangkaiannya telah mula diimplementasi di 14 buah lokasi sejak 23 September 2012.

Kajian yang dijalankan oleh Institut Keselamatan Jalan Jaya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa sebanyak 12 kemalangan maut telah direkodkan sejak pelaksanaan, yang bertentangan dengan sejumlah 19 kes sebelum sistem AES ini dilaksana.

“Ini bermakna AES mampu membantu mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 36.84% atau tujuh kes dalam tempoh lapan bulan sejak ia dihubungkan menerusi talian,”ujar Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Daripada kajian MIROS itu, ia juga pemandu kenderaan tidak begitu memandu melebihi had laju di enam lokasi panas, dengan peratusan sebelum ini meningkat daripada 63% ke 91%. Manakala kamera AES yang dipasang di simpang empat turut menunjukkan pengguna jalan raya kurang melanggar lampu isyarat daripada 4.3% ke 2.2%.

Beliau turut menambah, kajian antarabangsa yang turut dijalankan menunjukkan sistem AES ini terbukti mampu mengurangkan statistik kemalangan jalan raya antara 17% ke 71%.

Sehingga kini, sejumlah RM51,434,650 nilai saman telah dikutip antara September 2012 hingga akhir Ogos 2014. Sehingga 17 Disember 2012, sebanyak 10,136 kes telah dibawa ke mahkamah.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *