Gantung permit institut memandu yang kenakan yuran melampau – JPJ

By  |  0 Comments

Driving skol

BERNAMA melaporkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung permit institut memandu yang mengenakan yuran melebihi harga siling kepada orang ramai untuk mendapatkan lesen memandu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, harga siling yang ditetapkan adalah adil kepada calon yang ingin mengambil lesen dan pengusaha institut memandu.

“Sebelum ini, purata bayaran mengambil lesen kereta ialah RM1,300 hingga RM1,400 tetapi selepas menjalankan kajian, JPJ menetapkan harga siling iaitu RM1,150 bagi kereta manual dan RM1,250 untuk kereta automatik.

“Bagi lesen B2 iaitu motosikal, maksimum harga yang boleh dikenakan ialah RM350,” katanya.

Beliau berkata pengguna yang dikenakan yuran melebihi harga siling boleh membuat aduan di pejabat JPJ berhampiran bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pengusaha institut memandu itu.

“JPJ tetapkan harga siling untuk kawal harga yuran supaya ia tidak dinaikkan,” katanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *