Naza Euro Motors melancarkan Citroen Puchong – Grand C4 Picasso turut diperkenalkan

By  |  0 Comments

citroen-puchong-01

Lewat petang ini, Naza Euro Motors telah melancarkan bilik pameran Citroen Puchong yang terletak di IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya Selatan, Bandar Puchong Jaya, Selangor. Didirikan atas kawasan seluas 4,000 kaki persegi yang dilengkapi dengan fasiliti termasuklah DS lounge, dan Wifi percuma.

Citroen Puchong ini bagi memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan yang menetap di sekitar Lembah Klang, termasuk Kajang, Cheras, Semenyih dan Sungai Besi.

IMG_2821

Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) Naza Euro Motors Sdn Bhd, Dato’ Samson Anand George, pelancaran Citroen Puchong ini umpama mewakili jenama ini di Lembah Klang bagi terus berkembang untuk memenuhi permintaan pasaran dan kekal berdaya saing.

Selain Citroen Puchong, Naza Euro Motors juga memiliki rangkaian lain seperti Citroen Glenmarie (Shah Alam), Citroen Penang, Citroen Juru Auto City, Citroen Johor Bahru dan NAZA Automall Petaling Jaya.

CitroenC4_02

Malah sempena dengan pelancaran Citroen Puchong ini juga, Naza Euro Motors turut memperkenalkan model serba baharu
Citroen Grand C4 Picasso untuk varian diesel bagi pasaran Malaysia.

Awal Jun yang lalu, Citroen Grand C4 Picasso serba baharu telah disahkan mula dijual di Malaysia. Model MPV ini dijual pada harga atas jalan RM184,926 (tanpa insurans) dan didatangkan bersama lima tahun waranti tanpa perbatuan terhad.

MPV serba bergaya ini menampilkan rekaan yang impresi dengan personafikasi yang elegan dan karakter yang ekspresif. Bahagian hadapannya telah ditampil dengan rekaan baharu dan diberi penambah baikan pada bahagian belakangnya. Ia turut dipadankan dengan rim bersaiz 18 inci yang dibaluti dengan tayar 225/45R18 Michelin Pilot Sport 3.

Manakala ruang dalamannya juga lebih sofistikated, di mana setiap elemen yang ditampilkan menampakkan ciri-coro yang elegan umpama kabin kelas pertama. Antara elemen yang ditampilkan ialah kawalan penghawa dingin automatik zon berkembar yang turut mempunyai corong bagi tempat duduk barisan kedua dan ketiga, sistem kemasukan tanpa kunci, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci, instrumen kluster digital 12 inci, navigasi, kamera undur, bumbung panoramik dan pembuka pintu belakang elektronik.

Bukan itu sahaja, tempat duduk pemandu dan penumpang di sebelah yang mempunyai fungsi mengurut dan tempat rehat kaki yang beroperasi secara elektronik.

Aspek keselamatan yang ditampilkan pada Citroen Grand C4 Picasso ini termasuklah sistem amaran pertukaran laluan, parkir automatik, sistem amaran titik buta dan enam beg udara. Selain ciri standard seperti ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Cengkaman, Kawalan Kestabilan, cakera brek bagi keempat-empat tayar, dan tiga poin bagi ISOFIX.

Citroen_Grand_C4_Picasso_Malaysia_005-850x554

Dipadankan dengan penjana kuasa 2.0 liter empat silinder turbodiesel, ia mampu menghasilkan kuasa 148 hp pada 4,000 rpm dan tork 370 Nm pada 2,000 rpm. Gabungan bersama transmisi automatik enam kelajuan, Grand C4 Picasso 2.0 ini mampu mencatat kelajuan daripada titik sifar ke 100km/j dalam hanya 10.2 saat. Manakala kelajuan maksimum yang mampu dicatatkan ialah 207 km/j.

Turut dipadankan dengan suspensi hadapan topang MacPherson bagi menambahkan lagi kualiti pengendalian yang digandingkan bersama flexible transverse beam bagi bahagian belakang.

Bagi penggunaan bahan api, Citroen mendakwa model ini mampu mencatatkan 4.6 liter bagi setiap 100 km. Malah model bagi pasaran Malaysia ini turut dilengkapi dengan AdBlue untuk merendahkan tahap emisi oksida nitrogen. Di mana penapis biasa yang digunakan bagi kenderaan seumpama ini telah digantikan bagi menyesuaikan keadaan dengan bahan api Euro 2M di negara kita.

Empat warna pilihan yang ditawarkan bagi Grand C4 Picasso ini ialah Noir Onyx (hitam), Blanc Banquise (putih), Blue Teles (biru) dan Rouge Babylone (merah).

Mensasarkan jualan sebanyak 140 hingga 150 unit setahun, sehingga kini sebanyak 30 unit Grand C4 Picasso telah ditempah. Naza Euro Motors turut mengesahkan bakal membawa masuk dua lagi model baharu Citroen ke Malaysia pada tahun hadapan. Malah Naza Euro Motors dalam perancangan untuk mengeluarkan model unit pemasangan tempatah (CKD) bagi jenama ini tidak lama lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *