Volkswagen street up! edisi istimewa… hanya di Jerman

By  |  0 Comments

VW street up1

Volkswagen telah pun memperkenalkan model street up! edisi istimewa baru-baru ini. Ia disasarkan kepada pembeli yang berjiwa sport dan ranggi.

Memiliki imej luaran yang unit dengan perumah cermin sisi kontra bersama rekaan grafik istimewa pada bahagian hud, bumbung dan pintu. Ia juga menampilkan lampu kabus krom dan rim aloi bersaiz 16 inci. Malahan, model edisi istimewa ini juga ditala dengan sistem suspensi sport.

VW street up3

Bukan itu sahaja, bahagian kabin juga tidak ketinggalan menampilkan gaya serba sporty dengan padanan tempat duduk balutan upholstery bersama jahitan kontras berwarna kuning. Ia juga menampilkan penghawa dingin , unit radio RCD 215 dan tombol gear yang unik.

Penjualan model ini hanya untuk pasaran Jerman dan dijual pada harga bermula €13,575.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *