Volvo XC60 T6 dibuka tempahan – Harga mulai RM315,888 (OTR tanpa insurans)

By  |  0 Comments

XC60-T6-2

Volvo Malaysia telah mengumumkan tempahan bagi model XC60 T6 sudah mula dibuka dengan harga pengenalan dari RM315,888 (OTR tanpa insurans).

XC60 T6 dijanakan oleh enjin serba baharu Drive-E 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder, yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 306 hp pada 5,700 rpm dan tork 400 Nm di bermula 2,100 hingga 4,500 rpm.

Ia turut dipadankan dengan kotak gear automatik Geartronic lapan-kelajuan dengan kuasa yang disalurkan pada roda hadapan. Malah ia juga mampu dipacu daripada titik sifar sehingga 100 km/j dalam hanya 6.9 saat.

Diberi penambah baikan daripada versi T5 termasuk penggunaan rim aloi Pan bersaiz 18 inci dengan tayar 235/60 dan skrin paparan Adaptive Digital bersaiz lapan-inci.

Turut ditampilkan dengan unit paparan Thin Film Transistor (TFT) untuk informasi kepada pemandu. Terdapat dalam tiga tema berbeza iaitu Elegance, Eco dan Performance.

VCC08016

Varian ini juga menerima sistem hiburan baharu ‘Sensus Connect’. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi seperti navigasi dengan peta 3D, radio Internet dan kawalan suara.

Bagi aspek keselamatan pula, ia termasuklah sistem Pengesanan Penunggang Basikal dan Pejalan Kaki, yang mampu membantu mengelakkan pelanggaran. Jika ada pejalan kaki atau penunggang basikal berhampiran dengan kenderaan, ia akan mengeluarkan bunyi amaran dan jika pemandu tidak bertindak balas, kenderaan akan brek secara automatik.

Selain itu, elemen keselamatan lain yang turut ditampilkan ialah Kawalan Kepekaan Pemandu (DAC), Amaran Penukaran Laluan (LDW), Informasi Tanda Jalan, Keselamatan Pemanduan Bandar, Sistem Informasi Titik Buta (BLIS) dan Kepekaan Lalu Lintas Trafik. Di mana radar pengesan yang terletak di bahagian belakang kenderaan akan mengeluarkan amaran pada pemandu jika ada kenderaan lain yang datang dari arah belakang dan sebagainya.

Ditawarkan pada lima warna pilihan iaitu Twilight Bronze, Ice White, Electric Silver, Seashell dan Ember Black. Selain itu, Volvo juga menawarkan aksesori pilihan termasuklah kit luaran Iron Stone dan rim aloi Diamond Cut bersaiz 20 inci atau rim aloi Iron Stone.

Pembelian Volvo XC60 T6 ini turut didatangkan dengan plan liputan 5+5+5 iaitu waranti lima tahun atau 100,000 km (yang mana tiba terlebih dahulu), lima tahun servis percuma dan lima tahun percuma bagi program bantuan Volvo In Call.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *