Ford kembali dengan pelbagai promosi tahunan hebat ‘Big Deal’

By  |  1 Comment

Ford Fiesta

Ford dan Sime Darby Auto Connexion telah mengumumkan promosi tahunan ‘Big Deal’ kini kembali dengan lebih banyak ganjaran dan diskaun kepada semua pelanggan Ford di seluruh negara.

Di mana Ford menawarkan 200,000 mata AirAsia BIG Points untuk model Fiesta, Focus, Kuga dan varian Ranger termasuklah 3.2L XLT (MT), 2.2L XL (MT), 2.2L XLT (AT), and 2.2L XLT (MT) yang ditempah dan didaftarkan sepanjang tempoh promosi ini.

Para pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar 200,000 mata AirAsia BIG Points kepada empat tiket pergi balik ke Australia atau Jepun, lapan tiket pergi balik ke Bali atau 20 tiket pergi balik ke Thailand dengan AirAsia, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat program kesetiaan AirAsia Big Loyalty Programme.

Sebagai tambahan, Ford juga menawarkan rebat tunai kepada tempahan dan pendaftaran baharu model Fiesta, Focus, Kuga dan Ranger 3.2L XLT (MT). Promosi di seluruh negara ini sah mulai sekarang hingga 31 Disember 2014.

Ford Ranger

Bermula pada 1 November sehingga 31 Disember 2014, promosi selepas jualan dan servis ini menawarkan pakej-pakej diskaun istimewa ke atas minyak pelincir, brek, tali sawat pemasaan serta alat ganti klac untuk model-model Ford yang terpilih.

Pakej Minyak Pelincir menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus kepada para pelanggan yang membeli minyak enjin dan penapis minyak daripada Castrol dan Motorcraft oil. Model-model yang layak untuk promosi ini termasuklah trak pikap Ranger, Everest, Escape 2.0L, 2.3L dan 3.0L, selain kenderaan penumpang seperti Fiesta, Focus TDCi, Focus 2005-2010, Mondeo 2.0L EcoBoost dan 2.3L serta S-Max.

FiestaEcoboost_29

Bukan itu sahaja, para pemilik Ranger, Everest dan Fiesta boleh menikmati diskaun sebanyak 10 peratus ke atas penggantian tali sawat pemasaan. Diskaun sama turut diberikan kepada brek model Ranger dan Everest serta alat ganti klac untuk Ranger.

Ford juga menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus ke atas alat-alat ganti seperti penggilap cermin, penapis bahan api, penapis udara, cecair penyejuk dan palam pencucuh. Model-model yang layak untuk diskaun ini termasuklah Ranger TDCi, J97, T6 2.2L dan T6 3.2L, Everest dan Escape 2.0L, 2.3L dan 3.0L, selain kenderaan penumpang seperti Fiesta 1.6L, Focus TDCi, Focus 2005-2010, Mondeo 2.0L EcoBoost dan 2.3L serta S-Max.

Untuk menyertai, para pelanggan hanya perlu mendaftar di www.fordconsumer.com untuk mendapatkan satu kupon e-mel. Kemudian serahkannya di mana-mana pusat servis sah Ford untuk menebus tawaran ‘Ford Big Deal Service’ yang sesuai.

Promosi ‘Ford Big Deal Service’ juga melibatkan kepada kenderaan Ford yang tidak mempunyai Pelan Servis Lanjutan dan ia tidak termasuk caj buruh.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *