Schumi koma!

By  |  0 Comments

M.Schumacher

Michael Schumacher, yang pernah bergelar juara Formula 1 selama tujuh tahun, kini telah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Grenoble, Perancis selepas terbabit dalam kemalangan ketika bermain luncur salji.

Menurut pengurusnya, Sabine Kehm, pelumba berusia 44 tahun itu bermain luncur salji di pergunungan Alps bersama anak lelakinya pada pagi semalam dikatakan terjatuh lalu terhumban di atas batu yang menyebabkan kepalanya mengalami kecederaan parah. Walau bagaimana pun, Kehm telah mengesahkan, Schumacher atau lebih mesra dengan gelaran Schumi memakai helmet pelindung kepala sewaktu bermain luncur salji.

Sewaktu dibawa ke hospital, Schumi dikatakan tidak sedarkan diri. Saber sahaja sampai di hospital terbabit, beliau terus menjalani pembedahan otak dan kini berada dalam keadaan koma. Laporan akhbar di Perancis pada pagi ini ada menyebut, walau pun berada dalam keadaan koma, namun pakar perubatan mengesahkan kecederaan yang dialami oleh Schumi tidak mengancam nyawanya. Namun ada juga akhbar yang melaporkan bahawa pelumba F1 ini berada dalam keadaan kritikal dan sedang bertarung nyawa untuk terus bernafas.

Ketika ini, isteri dan dua orang anaknya berada di sampingnya, selain dari rakan karibnya iaitu Profesor Gerard Saillant dan bekas bos pasukan Ferrari, Datuk Seri Jean Todt yang turut bersama bagi memberikan sokongan di sisi Schumi.

Selepas bersara daripada sukan F1 pada tahun 2006, tiga tahun kemudian, pelumba yang berasal dari Jerman ini turut pernah terlibat dalam satu kemalangan motosikal yang mengakibatkan kecederaan pada lehernya. Namun beliau pantas sembuh dan kembali semula ke litar F1 pada tahun 2010 bersama pasukan Mercedes. Dan sekali lagi mengambil keputusan untuk bersara daripada perlumbaan berprestij ini pada akhir tahun lalu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *