Hyundai Genesis terima markah tertinggi dalam sejarah ANCAP

By  |  0 Comments

Hyundai Genesis - 001

Hyundai Genesis, model sedan mewah, telah memecah rekod sejarah ujian ANCAP dengan mencatatkan markah tertinggi iaitu 36.88 daripada 37, sekali gus melayakkannya menerima pengiktirafan lima bintang. Ia juga merupakan rekod tertinggi yang pernah dicapai sejak 21 tahun penubuhan ANCAP.

Rating keselamatan lima bintang ini adalah ukuran ANCAP bagi menentukan tahap perlindungan keselamatan bagi penumpang dan pejalan kaki. Penilaian ini termasuklah ujian pelanggaran hadapan dengan kelajuan 64 km/j, ujian impak sisi (50 km/j), ujian simulasi whiplash (32 km/j) dan ujian impak pelindungan pejalan kakai (40 km/j).

Genesis berjaya memperoleh 36.88 markah termasuk markah pelanggaran hadapan (15.88/16) dan markah penuh (16/16) bagi pelindungan impak sisi.

Pada awal tahun ini, model serba baharu Genesis menjadi kenderaan satu-satunya pacuan tayar belakang dan yang pertama dalam kelasnya menerima markah tertinggi, 2014 TOP SAFETY PICK+, oleh U.S. Insurance Institute (IIHS) bagi Keselamatan Lebuh Raya. Malah Genesis juga menjadi sedan mewah pacuan tayar belakang pertama yang menerima rating paling bagus bagi ujian pelanggaran selekoh oleh IIHS.

Hyundai Genesis - 002

Menurut Pengerusi ANCAP, Lauchlan McIntosh, “Genesis merupakan model perdana keluaran Hyundai yang menawarkan tahap keselamatan tertinggi dan paling bagus. Malah elemen keselamatannya dianggap standard dan inilah pertama kali kami melihat senarai elemen. Paling penting, sistem brek kecemasan automatik juga merupakan antara salah satu elemen keselamatan standard yang ditampilkan.”

Genesisi yang bakal dilancarkan di Austalia pada bulan hadapan menampilkan elemen keselamatan standard seperti Kawalan Kelajuan Adaptif, Kawalan Kestabilan Elektronik, EBS, Brek Kecemasan Automatik, Lampu Pencahayaan Siang, Isyarat Pemberhentian Kecemasan, Sistem Sokongan Laluan, Sistem Pra-keselamatan, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, sembilan beg udara dan banyak lagi.

CEO Hyundai Motor Company Australia, Charlie Kim, pula berkata, “Semua model yang dijual di Australian akan menerima pengiktirafan lima bintang daripada ANCAP. Malah suatu yang cukup membanggakan apabila Genesis berjaya mendominasi rekod ini dan ia membuktikan bahawa Hyundai amat mementingkan aspek keselamatan yang tinggi bagi setiap model keluaran kami.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *