Harga RON 95 mungkin tidak berubah sehingga Jun 2015 – Ahmad Maslan

By  |  0 Comments

RON95

Harga petrol RON 95 mungkin kekal pada kadar RM2.30 seliter sehingga Jun tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Seperti mana yang dilaporkan oleh BERNAMA, Ahmad Maslan berkata, rasionalisasi subsidi petrol mungkin tidak akan dibuat sehingga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan sistem pengkhususan pemberian subsidi petrol kepada golongan sasaran pada Jun 2015.

“Perincian bagi sistem ini masih lagi di peringkat kajian. Setakat ini, apa yang diberitahu kepada saya ialah sistem yang bakal dilaksanakan ini akan dimuatkan dalam MyKad,” katanya.

Ahmad berkata sistem tersebut akan turut dilaksanakan ke atas pengguna diesel pada Januari depan, seperti pengumuman yang dibuat oleh Ketua Setiausaha KPDNKK baru-baru ini.

“Bagi subsidi diesel, saya difahamkan setakat ini sistem tersebut bakal dimuatkan dalam kad ‘fleet’ para pengguna,” katanya, sambil menambah bahawa cadangan ini mungkin akan berubah disebabkan jangka masa yang masih panjang.

Ahmad berkata KPDNKK telah membuka Permohonan Cadangan (RFP) untuk pelaksanaan sistem subsidi petrol, yang menilai dari segi pendapatan individu dan hak milik kenderaan tersebut.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *