Volkswagen Malaysia sahkan masalah berkaitan DSG selesai

By  |  0 Comments

Volkswagen-Armin-Keller-e1413793848344

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia (VGM),Armin Keller, telah mengesahkan bahawa semua isu yang berkaitan dengan Direct-shift Gearbox (DSG) telah diselesaikan. Pertemuan yang berlangsung dengan pihak media di ibu pejabat Volkswagen, Bangsar sebentar tadi telah menghuraikan pemasalahan yang melibatkan model VW yang menggunakan kotak gear DSG ini.

Mana-mana pemilik yang telah membuat laporan mengenai masalah DSG ini, telah ditukarkan dengan unit mekatronik yang baharu. Sebagai tambahan, minyak kotak gear jenis mineral digunakan bagi menggantikan minyak sintetik. Menurut Keller, setakat ini tiada laporan baharu dibuat.

Selain itu, semua model VW baharu di bilik pameran juga telah digantikan dengan unit yang sama dan secara tidak langsung, isu teknikal ini telah pun diselesaikan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *