Honda Civic facelift dipromosikan di oto.my – Bakal lancar Nov ini?

By  |  0 Comments

Honda-Civic-Facelift-Thailand-22

Iklan yang disiarkan menerusi laman web klasified oto.my, telah ‘membongkarkan’ rahsia Honda Civic versi facelift dikatakan bakal dilancarkan pada November akan datang.

Dikhabarkan menerusi iklan terbabit, varian 1.8 S yang bakal dijual pada harga RM115,980, iaitu sama dengan harga model Civic 1.8 S sedia ada.

Honda-Civic-Facelift-Thailand-20

Malah ia juga mengalami beberapa perubahan kecil, antaranya ia dilengkapi dengan butang penghidup enjin, lampu utama automatik dan kawalan kelajuan. Manakala varian 2.0 S pula dinaik taraf dengan memiliki enam beg udara dan lampu utama automatik.

Manakala varian spesifikasi tertinggi pula, Civic 2.0 Navi, bakal ditampilkan dengan unit navigasi baharu Honda, seperti mana yang digunakan pada model baharu Jazz, City dan Odyssey.

Honda juga bakal menggunakan warna baharu, Twilight Blue, untuk model Civic ini. Iaitu warna biru yang sama seperti mana yang digunakan untuk model baharu CR-V.

civic-oto

Honda Civic facelift di Bangkok Motor Show 2014

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *