Kerajaan belum ada perancangan untuk menyemak semula harga bahan api dalam masa terdekat

By  |  0 Comments

RON95

Menurut laporan yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times, Pihak kerajaan belum ada perancangan untuk menyemak semula harga bahan api walau pun harganya telah menurun pada kadar yang terendah dalam tempoh empat tahun ini. Walau bagaimana pun, pihak kerajaan akan terus memantau harga bahan api dunia dan membuat keputusan untuk menyemaknya semula jika diperlukan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, “Pihak kementerian masih belum ada perancangan untuk menyemak semula harga bahan api. Namun kami sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia untuk memantau harga bahan api dunia. Kami hanya akan membuat keputusan jika ia diperlukan.”

Harga bahan api dunia menurun ke paras yang terendah sejak empat tahun ini pada 15 Oktober lalu, pada harga US$83.37 (RM272.93) se tong, disebabkan oleh lebihan penawaran dan permintaan pasaran yang lemah.

Menurut Presiden Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman pula, sebelum menyemak harga bahan api ini, pihak kerajaan perlu melihat dahulu pelbagai ramalan berkaitan, termasuklah tentang ekonomi negara dan dunia dalam beberapa bulan yang akan datang.

Harga petrol dan diesel yang dijual di stesen minyak di negara ini dikawal selia oleh kerajaan menerusi Mekanisme Harha Automatik (APM). Hashim turut menambah, melalui sistem ini, harga runcit di Malaysia tidak akan terjejas oleh turun naik dalam kos pengeluaran bahan api.

“Menurut APM, perbezaan di antara harga runcit dan harga sebenar akan ditanggung oleh subsidi dan pengecualian cukai jualan. APM telah menetapkan harga bahan api di stesen-stesen pam, memperbaiki margin daripada syarikat minyak dan peniaga, memastikan saluran pengedaran adalah selamat dan meminimumkan gangguan petrol dan bekalan diesel, “katanya lagi.

Pada 2 Oktober lalu, harga bagi RON 95 dan diesel telah dinaikkan sebanyak 20 sen iaitu RM2.30 per liter dan RM2.20 per liter. Manakala harga bagi RON 97 kekal iaitu RM2.75 per liter selepas pengurangannya pada September lalu.

Sementara itu, kerajaan bakal mengumumkan pelan rasionalisasi subsidi bagi RON 95, diesel dan LPG dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *