Lexus NX bersedia menerima tempahan – Harga bermula RM300k

By  |  0 Comments

Lexus-NX-Canada-Drive

Lexus Malaysia telah mengumumkan SUV terbaharu bagi segmen premium kompak, Lexus NX, telah pun bersedia menerima tempahan mulai semalam.

SUV yang diimport dari Jepun ini didatangkan dengan pilihan dua penjana kuasa iaitu 200t dan 300h, lima varian dan tujuh combinasi warna kabin/hiasan dalaman serta dijual pada harga antara RM300k hingga RM390k seunit.

Bagi NX 200t, ia dijanakan oleh enjin 2.0 liter pengecas turbo yang hadir dengan kuasa sehingga 235 hp dan tork 350 Nm pada 1,650 hingga 4,000 rpm. Ia mampu dipacu daripada titik sifar sehingga 100 km/j dalam hanya 7.1 saat sahaja. Manakala kelajuan maksimum yang mampu dicatatkan ialah 200 km/j. Ia turut dipadankan dengan gear automatik (torque-converter) enam-kelajuan dan pengendaliannya dipacukan oleh Dynamic Torque Control AWD.

Tidak lengkap rasanya jika Lexus tidak menyelitkan penjana kuasa hibrid bagi barisan modelnya, maka kehadiran NX 300h pastinya menambahkan pilihan yang didambakan. Model ini hadir dengan kombinasi enjin 2.5 liter empat-silinder Atkinson Cycle (153 hp/210 Nm) dan motor elektrik (141 hp/270 Nm) yang disertakan dengan pek bateri nickel–metal hydride (Ni-MH).

Ada satu lagi motor yang terletak di bahagian gandar belakang untuk sistem E-Four AWD dengan kuasa 67 hp dan 139 Nm. Jadi jumlah keseluruhan kuasa yang dihasilkan ialah 197 PS. Model NX 300h ini mampu dipacu daripada titik sifar sehingga 100 km/j dalam hanya 9.2 saat dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 180 km/j.

Model NX 200t ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard, Premium, Luxury dan F-Sport. Manakala NX 300h hanya satu varian sahaja.

Foto Lexus NX 300h versi Thailand yang dipertontonkan di 5th International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia (IGEM 2014)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *