Naza Kia buka cawangan Red Cube ke-lima – Lokasi strategi Rawang jadi pilihan

By  |  2 Comments

Red Cube- Rawang

Beberapa hari yang lalu, Naza Kia Malaysia telah merasmikan Red Cube ke-empat yang terletak di Johor Bahru. Semalam, Rawang pula menjadi pilihan Naza Kia untuk membuka Red Cube yang ke-lima.

Pusat 4S Kia Red Cube Rawang ini terletak di kawasan seluas 37,314 kaki persegi dan mampu mempamerkan enam model kenderaan Kia di ruang pameran serta mempunyai 21 petak penyelenggaraan yang mampu menservis hampir 50 buah kenderaan sehari.

Kia Rawang Launch 2

Terletak di Lot 605, Batu 20, Jalan Rawang, Rawang, cawangan ini mensasarkan jualan sebanyak 60 unit sebulan.

“Pembukaan Red Cube ini bagi memberikan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan yang menetap di sekitar Rawang, Selayang, Sungai Buloh dan Tanjung Malim,” ujar Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) Naza Kia Malaysia.

Dengan kos pelaburan sebanyak RM11 juta, pusat 4S ini merangkumi jualan, servis, jualan alat ganti dan pusat mengecat kerangka. Ia turut menyediakan fasiliti seperti bilik mesyuarat, lounge bagi pelanggan, ruang permainan kanak-kanak, perkhidmatan WiFi secara percuma dan ruang Internet untuk para pelanggan.

Kia Rawang Launch 4

Majlis perasmian Red Cube ini turut meraikan pemenang bagi program Pelanggan Setia Kia iaitu Kempen Kia G0-Xtra 2014. Ia merupakan inisiatif Kia bagi mengharga para pelanggan setianya. Di mana pemenang utama kempen ini memenangi pakej percutian selama 5 hari empat malam ke Seoul, Korea Selatan.

Selain melancong, para pemenang juga berpeluang melawat kilang pemasangan Kia di sana termasuk pusat R&D.

Pemenang yang bertuah tersebut ialah Sharifah Hanita Syed Ahmad, Phang Tien Fon dan Mohamad Munir Bin Tajudin yang telah pun menikmati percutian tersebut pada penghujung September lalu.

Selain itu, seramai 20 orang pemenang hadiah saguhati pula memenangi baucer servis Kia bernilai RM500 setiap seorang.

Ini merupakan tahun ketiga penganjuran kempen Kia Go-Xtra anjuran Naza Kia Malaysia bagi menghargai para pelanggan setia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *