Renault Eolab pamer sentuhan gaya futuristik!

By  |  0 Comments

Renault Eolab concept1

Futuristik! Inilah gaya yang diperagakan oleh model konsep Renault Eolab yang dipertontonkan di Paris Motor Show 2014.

Selain menampilkan imej yang futuristik, model konsep ini juga memilih hibrid sebagai penjana kuasanya bersama enjin gasolin 1.0 liter tiga-silinder. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik tiga-gear yang dibina di dalam motor elektrik.

Renault Eolab concept2

Di mana enjin konvensionalnya mampu menghasilkan kuasa sehingga 75 hp dan tork 95 nm, manakala motor elektriknya menambah 68 hp dan 200 Nm. Ia juga menggunakan pek bateri lithium-ion berkuasa 6.7 kWh yang disesuaikan dengan model konsep Eolab ini dengan anggaran 66 km bagi cas penuh. Manakala kuasa hibridnya boleh memberi 1 liter untuk setiap 100km.

Renault Eolab concept19

Renault juga berkata, Eolab ini mempunyai 0.235 pekali seretan dan memiliki berat 400 kg lebih ringan berbanding dengan model Clio. Beratnya banyak dipengaruhi dengan pengurangan 130 kg daripada kerangka, 90 kg kekemasan dan peralatan lain, 70 kg suspensi, 60 kg penjana kuasa, 20 kg peralatan elektrik dan penjana kuasa hibrid memberi tambahan sebanyak 145 kg menjadikan keseluruhan berat Eolab ini mencecah 955 kg.

Malah beratnya juga banyak didatangkan daripada pembinaannya yang menggunakan bahan campuran termasuk aluminium, besi elastik berkualiti tinggi, magnesium dan komposit gentian karbon.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *