Kia Sorento versi Euro bakal tampil di Paris Motor Show 2014

By  |  0 Comments

Sorento4
Satu persatu model Kia telah didedahkan iaitu yang bakal dipertontonkan di Paris Motor Show 2014 awal bulan Oktober ini. Ini termasuklah model Sorento versi Euro yang telah diberi suntikan lebih bergaya. Ia tampik dengan gril ‘hidung harimau’ yang disambungkan pada lampu utamanya.

Model crossover ini juga mempunyai garisan bumbung yang lebih landai dan banyak menggunakan kekemasan krom pada bahagian luarannya. Kia juga telah ‘memperluaskan’ saiz kerangka bagi Sorento ini bagi memberikan lebihan ruang yang mampu memuatkan sehingga tujuh penumpang dalam satu masa. Bukan itu sahaja, ruangan kabinnya juga telah menerima kekemasan material berkualiti dengan tata rias yang lebih moden.

Sorento12

Di bawah hudnya, ditawarkan tiga varian enjin iaitu enjin petrol 2.4 liter empat silinder yang mampu memberikan kuasa sehingga 188 PS dan tork 241 Nm. Ia boleh dipacu daripada titik sifar sehingga 100km/j dalam hanya 10.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum sehingga 202 km/j. Ia juga dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan.

Pilihan kedua ialah enjin petrol 2.0 liter empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 185 PS dan tork 402 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik enam-silinder. Malah boleh mencapai kelajuan maksmimum sehingga 200km/j dan pacuan daripada titik sifar ke 100km/j hanya 10.4 saat.

Sorento26

Ketiga, enjin diesel 2.2 liter empat-silinder juga antara varian menarik. Ia mampu memuntahkan kuasa sehingga 200 PS dan tork 441 Nm serta dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan. Boleh dipacu daripada titik sifar sehingga 100km/j dalam hanya 9.6 saat dan kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 203km/j.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *