Kia sedia memperkenalkan Rio versi facelift

By  |  0 Comments

KiaRio8

Nampak gayanya model segmen-B ini juga tidak mahu ketinggalan menyertai Paris Motor Show 2014. Kia yang mempertaruhkan model supermini Rio versi facelift ini menerima suntikan minima untuk bahagian bampar hadapan dan belakang, termasuk menaik taraf rekaan gril berkonsepkan ‘hidung harimau’, lampu kabus baharu dan rim aloi yang tampil lebih segar dengan menukar saiz daripada 15 ke 17 inci.

Bagi kabinnya pula, papan pemuka juga telah diperkemaskan semula, corong penghawa dingin dengan lingkaran krom serta susunan bahagian tengah yang turut ditampil dengan sistem bunyi. Malah radio digital DAB dengan sistem audio-video navigasi turut ditampilkan bersama skrin paparan bersaiz tujuh inci.

KiaRio4

Model Rio ini didatangkan dengan empat pilihan enjin yang boleh menghasilkan kuasa daripada 75 hingga 109 hp dengan pacuan tayar hadapan. Ia juga dipadankan dengan kotak gear enam atau lima kelajuan dan juga transmisi automatik empat-kelajuan.

Malah kesemua enjin yang ditawarkan ini juga bakal dilengkapi dengan teknologi ISG generasi kedua yang menampilkan automatic start/stop, kawalan alternator baharu dan juga tayar rintangan olengan-rendah.

Bakal diproduksi di Sohari, Korea Selatan, Kia Rio 2015 ini dijangka bakal tiba di pasaran Eropah awal tahun hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *