Aksi Russ Swift dalam Siri Jelajah Subaru menarik perhatian 10,000 rakyat Malaysia

By  |  0 Comments

Pic2

Pada hujung minggu lalu, hampir 10,000 rakyat Malaysia yang datang kebanyakannya dari selatan terpegun menonton aksi pemanduan lasak yang dipersembahkan oleh Russel Swift atau lebih dikenali sebagai Russ Swift. Ia berlangsung sempena dengan Siri Jelajah Subaru yang dianjurkan oleh pengedar utama Subaru di Malaysia iaitu Motor Image Malaysia.

Russ Swift sangat terkenal dengan aksi lasak pemanduan menentang graviti (gravity-defying car stunt). Beliau merupakan pemegang rekod dunia Guinness untuk parallel parking dan pernah memenangi British Autotest Champion serta England Autotest Team Captain tahun 1982 dan 1983. Pada tahun 2004, beliau berjaya memecah rekod dunia dengan membuat 10 pusingan lengkap (atau lebih dikenali sebagai Doughnuts) dalam hanya 16.07 saat (1.6 saat untuk melengkapkan setiap pusingan).

“Saya sangat teruja apabila dapat terbabit dalam siri jelajah ini untuk berkongsi minat terhadap pemanduan ketepatan (precision driving) dengan rakyat Malaysia buat pertama kalinya. Malah saya juga berkesempatan untuk berkongsi tentang keseronokan memandu jentera Subaru yang dipadankan dengan enjin Boxer yang banyak memberikan kestabilan jitu semasa melakukan aksi ini. Melalui siri ini, saya dapat melihat semangat dan kegilaan rakyat Malaysia terhadap kenderaan. Malah saya juga berharap dapat berkongsi lagi tentang pemanduan ketepatan ini dengan lebih ramai rakyat Malaysia pada masa yang akan datang,”ujar Russ Swift.

Pic1

Antara aksi yang dipersembahkan oleh Russ Swift dalam siri jelajah Subaru yang berlangsung di pusat membeli-belah Angsana, Johor Bahru, ialah Reverse Spins/Parallel Parking, Doughnuts, Two-Wheeling dan Dance Routine. Johor merupakan destinasi terakhir Siri Jelajah Subaru untuk kali ini. Russ Swift juga pernah muncul di dalam Siri Jelajah Subaru di Subang Jaya, Bukit Mertajam dan Ipoh.

Siri Jelajah Subaru ini dianjurkan bagi mempamerkan kejuruteraan automotif Jepun dan teknologi terkini ciptaan Subaru kepada orang ramai.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *