Diskaun tol untuk pengguna AKLEH, GCE & LKSA

By  |  0 Comments

gce_map

Masa untuk bercuti!!!

Pasti ramai di antara kita yang sudah merancang untuk menghabiskan cuti tahunan dan mengisi masa keemasan ini bersama mereka yang tersayang. Rabu ini juga cuti umum sempena dengan Krismas. Malah rabu hadapan juga cuti umum iaitu sambutan tahun baru 2014. Maka, sempena dengan kedua-dua cuti umum itu, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk penggguna tol di tiga lebuh raya utama sekitar Lembah Klang.

Untuk makluman, Prolintas menguruskan Lebuh raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuh raya Koridor Guthrie (GCE) yang menghubungkan Shah Alam dan Rawang. Dalam kenyataan rasminya, Prolintas mengumumkan diskaun untuk Krismas bermula pada 6 pagi pada 25 Disember ini sehingga 6 pagi hari berikutnya. Manakala diskaun untuk Tahun Baru pula bermula pada 6 pagi 1 Januari 2014 sehingga 6 pagi keesokan harinya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *