Galeri : Perodua Axia VS Viva

By  |  7 Comments

Perodua_Axia_vs_Viva_ 001

Walau pun Perodua menegaskan kelahiran Axia bukanlah pengganti kepada model Viva, namun sedikit sebanyak pasti ada yang membandingkan kedua-dua model ini.

Jadi untuk anda yang mungkin ingin mengetahui perbezaan kedua-dua model ini.. Nah! Perbezaan antara model Axia Standard G dengan Viva S.

Axia Standard G berharga RM33,200 sementara Viva S Auto pula hanya RM29,900 iaitu selepas harganya diturunkan sebanyak RM5,300 pada Jun yang lalu. Sebelum ini, model S-Series yang diperkenalkan pada tahun 2013 ini berharga RM35,200, iaitu RM2,000 lebih daripada Axia Standard G.

Perodua_Axia_vs_Viva_ 007

Berkenaan dengan saiznya pula, Axia 65 mm lebih panjang dan 145 lebih lebar berbanding Viva serta memiliki jarak roda 60mm lebih panjang. Bukan itu sahaja, Axia memiliki 260 liter kapasiti untuk ruang kargo, berbanding Viva hanya 146 liter.

Axia pula menggunakan rim aloi bersaiz 14 inci yang dibaluti tayar 175/65R14. Manakala Viva hanya dipadankan dengan rim keluli bersaiz 12 inci dengan tayar 155/70R12.

Bagi ruangan kabin, Axia menerima suntikan yang lebih drastik termasuklah pada panel instrumen yang memiliki rekaan lebih moden berbanding dan unit kepala double-DIN. Berbanding dengan Viva yang hanya menggunakan meter konvensional dengan radio/pemain CD single-DIN.

Axia juga didatangkan dengan tali pinggang keselamatan tiga-poin untuk semua penumpang belakang dan juga cagak ISOFIX. Selain itu, menariknya mengenai Axia ialah ia turut mempunyai elemen dengan inovasi terkini termasuklah menampilkan cangkuk anti-kecurian untuk beg (sangat diperlukan untuk kaum wanita yang boleh menggantungkan beg tangan pada cangkuk ini sementara memandu), cangkuk pada tempat duduk belakang (sesuai untuk digantung teh tarik!) dan juga tempat penyimpanan tisu pada bahagian belakang tempat duduk penumpang hadapan.

Perodua_Axia_vs_Viva_ 004

Daripada sudut mekanikal pula, Axia dijanakan oleh enjin aluminium 1KR-DE2 1.0 liter yang boleh memberikan kuasa sehingga 66 hp dan tork 90 Nm yang ternyata prestasinya lebih sedikit berbanding dengan Viva dengan enjin cast iron 1.0 liter (60 hp/90 Nm). Malah Axia juga mematuhi piawaian standard bahan api Euro-IV yang mampu memberikan penjimatan lebih efisien.

Dan menurut Perodua, model Viva ini akan dihentikan pengeluarannya pada penghujung tahun ini tetapi mungkin bakal diteruskan bagi pasaran eksport ke luar negara. Jadi pastinya laluan Axia lebih cerah dan terbuka seluasnya untuk meneruskan legasi kejayaan Perodua dalam mendominasi pasaran kenderaan mampu milik di negara ini.


Perodua Axia vs Viva


Perodua Axia


Perodua Viva

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *