Proton Compact Car : Harga tentatif & spesifikasi telah didedahkan

By  |  0 Comments

PROTON-PRICE-LIST-TENTATIVE

Proton telah mendedahkan harga tentatif bagi model terbaharunya, Proton Compact Car (PCC)/Iriz yang bakal dilancarkan pada 25 September ini. Harga yang tertera ini lengkap bagi setiap varian termasuk warna solid dan metalik, serta bagi pasaran Semenanjung Malaysia, Sabah/Sarawak, Langkawi dan Labuan.

Kalau dibandingkan dengan Myvi, harga bagi varian paling rendah iaitu Myvi 1.3 XT manual berharga RM41,936.45, iaitu beberapa ratus lebih murah berbanding dengan PCC varian paling standard. Manakala bagi varian tertinggi Perodua Myvi iaitu Myvi Extreme 1.5L Auto pula berharga RM61,740.50, juga beberapa ratus lebih rendah berbanding dengan PCC Premium 1.6 CVT.

Seperti mana yang pernah diwar-warkan, PCC didatangkan dengan lapan varian iaitu 1.3 Standard (MT/AT), 1.3 Executive (MT/AT), 1.6 Executive (MT/AT) dan 1.6 Premium (MT/AT).

Proton_PCC_Iriz_Tun_Mahathir_015

Pilihan warna yang ditawarkan ialah ialah Silver Moon Dust, Citrus Green, Fire Red, Genetic Silver, Atlantic Blue, Tranquility Black dan Proton White.

Kesemua varian PCC dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), ABS, EBD, Sistem Kawalan Cengkaman (TSC), Hill Hold Assist (HHA-juga termasuk untuk transmisi manual), Bantuan Brek Hidraulik (HBA) dan ISOFIX. Bagi beg udara, varian Premium dilengkapi dengan enam beg udara dan varian Standard serta Executive hanya tampil dengan dua beg udara.

Berikut merupakan spesifikasi mengenai PCC :

PROTON-SPECS-TENTATIVE

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *