Infiniti QX70 S Design dijangka raih perhatian di Paris

By  |  0 Comments

Infiniti QX70 S Design  04

Kurang tiga minggu dari sekarang, Paris Motor Show 2014 bakal mewarnai industri automotif global. Infiniti juga tidak ketinggalan di dalam membuat pelbagai persediaan rapi sebelum memperkenalkan model-model terbaharu atau akan datang di pentas antara pameran automotif terbesar dunia itu.

Untuk Paris, Infiniti telah bersedia memperkenalkan QX70 S Design edisi terhad iaitu model SUV yang dibaluti elemen kemewahan dan premium. Dengan beberapa foto yang didedahkan terlebih dahulu, QX70 S Design edisi terhad ternyata diperindahkan dengan padanan krom berwarna gelap bagi gril radiator, lingkaran lampu kabusnya, corong penghawa dingin, side sills dan lingkaran nombor plat belakang.

Infiniti QX70 S Design 01

Model QX70 S Design ini juga dipadankan dengan rim aloi berwarna hitam bersaiz 21 inci dan juga lampu utama ‘smoked’.

Untuk bahagian kabinnya, didapati warna hitam merajai segenap ruang konsol tengah dan jahitan berwarna biru pula menghiasi tempat duduk balutan kulit, roda stereng dan perehat tangan.

Model ini bakal ditawarkan untuk pasaran Eropah terpilih sejurus tamat Paris Motor Show.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *