Perodua serah sumbangan untuk Gaza, keluarga MH17 & MH370

By  |  0 Comments

Pix 2

Perodua turut tidak ketinggalan dalam melaksanakan pelbagai kerja amal sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR). Terbaharu syarikat ini telah memberikan sumbangan kepada keluarga mangsa MH370 dan MH17. Selain itu, Perodua turut menyumbang sejumlah dana bagi membantu membangunkan semula kota Gaza.

Dengan sumbangan sebanyak RM20,000 hasil daripada kutipan di kalangan 10,000 kakitangannya dan orang awam menerusi “Tabung Amal Prihatin Perodua”, bantuan tersebut dihulurkan buat keluarga kedua-dua penerbangan tragik tersebut dan juga untuk Gaza.

“Tabung Amal Prihatin Perodua” ini juga boleh didapati di kesemua 180 pusat jualan Perodua dan 176 pusat penyelenggaraannya di seluruh negara.

Dalam satu majlis ringkas yang dijalankan, Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid berkata, Perodua turut merakamkan ucapan takziah buat mereka yang kehilangan insan tersayang dalam kedua-dua penerbangan tersebut. Sumbangan ini diharap dapat mengurangkan bebanan yang dialami oleh keluarga mangsa dan masyarakat di Gaza.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyampaikan replika cek bernilai RM25,000 kepada “Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad” dan kutipan sejumlah RM20,000 kepada tabung MH17, MH370 dan Gaza.

Pada Julai lalu, Perodua telah pun menyumbangkan sejumlah RM30,000 kepada “Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad”.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *