Luca di Montezemolo tinggalkan Ferrari

By  |  0 Comments

Luca-Di-Montezemolo

Selepas menerajui Ferrari selama 23 tahun, akhirnya Luca di Montezemolo mengucapkan Addio! (selamat tinggal) pada jenama mewah itu. Berusia 67 tahun, di Montezemelo mengakhiri era kegemilangannya untuk memberikan laluan kepada Ketua kumpulan Fiat Chrsler Automotive (FCA), Sergio Marchionne, yang bakal menggantikan posisinya mulai 13 Oktober ini.

Memulakan kariernya dengan Ferrari pada tahun 70-an sebagai pembantu, di Montezemolo dilihat sebagai seorang individu yang menjadi antara tulang belakang Ferrari sehingga mencapai zaman kegemilangannya. Bukan setakat komited menaikkan nama Ferrari dalam pasaran global, beliau juga begitu cekal menjadikan pasukan Ferarri antara yang disegani di litar lumba.

Peletakan jawatan Montezemolo sebagai Pengerusi Ferrari ini juga dikatakan berpunca daripada salah faham yang berlaku antara dirinya dengan Marchionne. Ia timbul akibat tidak sependapat mengenai masa depan Ferrari. Menurut laporan, Marchionne telah mengeluarkan kenyataan bahawa “Keinginan untuk melihat Ferrari mencapai potensi sebenar di litar lumba (Formula One) telah menyebabkan salah faham. Ia semakin jelas berlaku pada hujung minggu lalu.”

Ketika dalam jawatannya, di Montezemolo telah menetapkan sasaran jualan Ferrari sebanyak 7,000 unit setahun, berbanding dengan 10,000 unit yang ditentukan oleh Marchionne.

Disebabkan banyak salah faham yang timbul, di Montezemolo juga pernah mengeluarka kenyataan yang agak keras, “Ini merupakan penamat… Ferari kini lebih bersifat Amerika.”

Berikut merupakan kenyataan media dari di Montezemolo :

Screen Shot 2014-09-11 at 10.11.51

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *