Citroen C3-XR sedia untuk diproduksi

By  |  0 Comments

citroen2

Selepas menayangkan model konsepnya di Beijing Motor Show April lalu, kini Citroen mengesahkan bahawa model C3-XR bakal diproduksikan tidak lama lagi. Ia akan diproduksi secara kerjasama antara Citroën & Dongfeng Motor Group di China dan bakal diperkenalkan di Guangzhou Motor Show November ini sebelum memasuki pasaran beberapa minggu kemudian.

Tidak mendedahkan maklumat secara terperinci, difahamkan model ini diproduksi berdasarkan platform Peugeot 2008. Kemungkinan besar ia akan dijanakan oleh enjin 1.8 liter aspirasi-biasa (tanpa dinyatakan kuasa maksimum yang bakal dihamburkan) dan juga 1.6 liter turbo dengan kuasa maksimum 163hp.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *