Land Rover Discovery Sport 2015 lebih versatil

By  |  0 Comments

Macho, maskulin dan mengujakan. Tiga perkataan ini memang layak diberikan pada Land Rover Discovery Sport 2015 yang baru sahaja didedahkan awal pagi ini.

Melihat sosok penampilannya, Discovery Sport ini umpama dipengaruhi rekaan Range Rover Evoque. Walau bagaimana pun, model SUV crossover ini tampil dengan gril yang lebih langsing, lampu kabus LED dan C-pillar. Bukan itu sahaja, bagi varian tertinggi jentera ini juga didatangkan dengan lampu utama xenon bersama lampu pencahayaan siang LED.

ROVER27

Untuk ruang kabinnya, ia kelihatan sedikit kosong, namun menampilkan roda stereng dengan butang pelbagai fungsi, kekemasan dalaman metalik dan hitam berkilat, meter analog serta sistem hiburan dengan skrin paparan bersaiz lapan inci.

ROVER5

Tempat duduk penumpang belakang juga boleh dilipat dalam nisbah 60:40 bagi memberikan lebihan ruang yang memuaskan. Bukan itu sahaja, ruang kaki pada tempat duduk belakang juga tampil impresif dengan keluasan 39.8 inci. Manakala tempat duduk barisan ketiga juga boleh dibaringkan sepenuhnya bagi menambah kapasiti ruang kargo.

ROVER1

Perician bagi spesifikasinya masih belum didedahkan lagi. Tetapi bagi varian yang bakal menembusi pasaran US, ia akan didatangkan dengan tempat duduk balutan kulit, sistem kawalan suhu zon berkembar, dan juga sistem audio dengan 10 pembesar suara.

Bukan itu sahaja, model US juga bakal dijanakan dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-slinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 240hp dan tork 338Nm. Ia juga akan dipadankan dengan transmisi automatik sembilan-kelajuan dan menggunakan sistem pacuan semua roda standard.

ROVER20

Manakala bagi pasaran Eropah, ia akan dipadankan dengan enjin 2.2 liter turbodiesel yang mampu memberikan kuasa sehingga 190PS dengan transmisi manual enam-kelajuan atau automatik sembilan-kelajuan.

Memilih untuk memadankan kerangka yang lebih ringan bagi jentera ini, walau bagaimana pun ia masih menggunakan keluli bertahanan tinggi termasuk kombinasi aluminium. Manakala bahagian bumbung, hud, fender hadapan dan belakang juga dibina daripada material aluminium bagi mengurangkan beratnya.

Land Rover Discovery Sport ini dijangka dilancarkan pada awal tahun hadapan dan harga untuk pasaran US bermula $37,995.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *