Mitsubishi Outlander PHEV Concept-S bakal mewarnai Paris Motor Show 2014

By  |  0 Comments

Mitsubishi Outlander1

Bagai mahu mencipta sesuatu yang lebih ‘hot’, Mitsubishi telah menayangkan dua imej teaser bagi Outlander PHEV Concept-S. Model ini bakal diperkenalkan di Paris Motor Show 2014 yang dijadualkan berlangsung pada awal Oktober ini.

Outlander PHEV Concept-S dikatakan sebagai “pakej istimewa” bagi model produksi yang telah diberi suntikan baharu bagi gaya luaran dan dalamannya serta tidak ketinggalan di dalam memberikan keunikan pengalaman pemanduan.

Mitsubishi Outlander2

Walau masih mengunci mulut mengenai perinciannya, difahamkan model produksi ini dijangka bakal dijanakan dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder yang bekerja dengan dua motor elektrik dan bateri lithium-ion berkuasa 12 kWh. Ia mampu menghasilkan gabungan kuasa antara 200hp dan tork 337Nm.

Malah model ini juga mampu mencatat kelajuan bermula titik sifar hingga 100km/j dalam hanya 11 saat saja. Manakala kelajuan maksimum yang mampu dicatatkan ialah sekitar 170km/j.

Untuk maklumat lanjut mengenai Outlander PHEV Concept-S, tunggu Mitsubishi mendedahkan sepenuhnya di pembukaan Paris Motor Show pada 2 Oktober ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *