Pemansuhan AP bakal jejas pendapatan negara

By  |  1 Comment

car-sale-img

Awal bulan ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan masih mengkaji cadangan bagi memansuhkan permit import (AP) kerana kemungkinan besar ia akan memberikan kesan kepada pendapatan negara.

Mustapa turut berkata apa juga sistem yang akan diperkenalkan untuk menggantikan AP, ia perlu mampu untuk menampung kehilangan hasil kerajaan tersebut.

Melalui laporan yang disiarkan oleh BERNAMA, pemansuhan permit import (AP) bukan sahaja akan memberi kesan negatif kepada usahawan Bumiputera dalam industri automotif, malah dikhuatiri akan turut menjejaskan pendapatan kerajaan melalui cukai yang dikutip daripada pemegang AP.

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) turut memberikan maklumbalas mengenai perkara ini. Menurut Yang Dipertua Pekema, Datuk Zainuddin Abdul Rahman, jumlah cukai tahunan yang dikutip daripada anggota persatuan itu sahaja melebihi RM2 bilion walaupun kuantiti kereta yang dijual hanyalah lima peratus daripada keseluruhan pasaran.

Katanya, walaupun dari segi jumlah pengimportan, kuantiti yang dibawa masuk tidak besar, namun dari segi pungutan cukai, sumbangan pihak pengimport dan peniaga kenderaan boleh dibanggakan. Di mana pada 2011, kutipan cukai import kerajaan daripada ahli Pekema berjumlah RM2.8 bilion dan pada 2012, ia meningkat kepada RM3.3 bilion.

Tambahnya lagi, kritikan bahawa penerusan dasar AP terbuka akan mengakibatkan kerajaan dipandang sebagai ‘undur ke belakang’, adalah tidak berasas sama sekali. Namun, AP terbuka ini sebenarnya telah berjaya memastikan kewujudan penyertaan usahawan Bumiputera dalam industri automotif. Malah ia merupakan satu daripada langkah afirmatif kerajaan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *