Keputusan suku ketiga ASEAN NCAP 2014 diumumkan

By  |  0 Comments

Perodua-Axia

Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (ASEAN NCAP) hari ini telah mengedarkan keputusan ujian terbaharunya sempena berlangsungnya ASEAN NCAP Grand Prix Awards di Kuching, Sarawak. Di mana sebanyak empat model kereta telah diuji bagi suku ketiga 2014, di mana ia merupakan sebahagian daripada langkah agensi ke arah program “menguji dan menerbitkan” yang lebih kerap dan ia merupakan penamat bagi tiga fasa projek perintis yang dijalankan sebelum ini.

Empat buah kereta yang telah menjalani ujian pelanggaran tersebut ialah Honda City 2014, Honda Jazz 2014, Tata Vista dan juga Perodua Axia.

Keputusan mengenai Pelindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan Pelindungan Penumpang Kanak-Kanak (CO) adalah seperti berikut :

Perodua Axia 1000-E buatan 2014, tahun model (MY) 2014 – Dewasa: 4 bintang, Kanak-kanak: 4 bintang
Honda City SV buatan 2014, MY2014 – Dewasa: 5 bintang (4 bintang, dua beg udara), Kanak-kanak: 4 bintang
Honda Jazz SV buatan 2014, MY2014 – Dewasa: 5 bintang (4 bintang, dua beg udara), Kanak-kanak: 4 bintang
Tata Vista GZX 1.4L buatan 2014, MY2014 – Dewasa: 3 bintang, Kanak-kanak: 3 bintang

Di mana Tata Vista telah memperoleh 9.24 markah daripada 16 bagi Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP). Model ini diproduksi di India dan hanya dipasarkan di Indonesia dan Myanmar. Agensi terbabit berkata ia merukan model pertama buatan India yang menjalani ujian ASEAN ANCAP ini.

Bagi Honda City dan Jazz, kedua-dua model buatan Thailand yang dipasarkan untuk pasaran negara berkenaan, telah menerima pengiktirafan lima bintang bagi varian enam beg udara dan empat bintang bagi dua beg udara. Bagi AOP, Honda City telah memecah rekod ASEAN NCAP dengan memperoleh 15.80 markah, manakala Jazz pula 15.58 markah.

Sementara itu, Perodua Axia diberi penghargaan sebagai kenderaan pertama yang bakal dilancarkan di pasaran dengan keputusan ujian ASEAN NCAP. Axia menerima pengiktirafan empat bintang bagi AOP dan COP untuk rantau Asia. Bagi AOP, Axia memperoleh 12.91 markah.

Keputusan ujian bagi Perodua Axia 2014

Keputusan ujian bagi Honda City 2014

Keputusan ujian bagi Honda Jazz 2014

Keputusan ujian bagi Tata Vista 2014

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *