Lotus bakal produksi SUV & sedan segmen D

By  |  1 Comment

lotus-apx

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Lotus Group sedang merancang untuk membangunkan sebuah SUV dan kereta sedan besar dalam segmen D. Secara tidak langsung memberi varian baharu bagi pengeluar kereta sport mewah global tersebut.

Perancangan tersebut dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Jean-Marc Gales semasa mesyuarat Lembaga Pengarah Proton yang dipengerusikan Tun. Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Kecemerlangan (COE) Proton.

Turut hadir dalam mesyuarat berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi Lotus, Aslam Farikullah.

Menurut sumber, Gales yang baharu menerajui Lotus pada 1 Mei lalu, buat pertama kali membentangkan pelan tindakan dan perancangan masa hadapan syarikat itu.

http://www.autogaleria.hu -

Sebelum ini Lotus pernah terlibat dalam pembangunan sedan Segmen D bersama Vauxhall pada tahun 1990 yang dinamakan Lotus Carlton dan versi Opel juga dikeluarkan dengan jenama Lotus Omega.

Kereta tersebut memiliki kuasa maksimum 377hp dengan kekuatan enjin turbo berkembar enam silinder 3,615 cc yang berupaya dipecut selaju 283 km sejam, menjadikannya kereta empat penumpang terpantas ketika itu.

Idea Lotus untuk menghasilkan sebuah SUV telah lama wujud iaitu pada 2006, di mana sebuah prototaip Lotus APX telah dipamerkan pada Geneva Motor Show.

Bagaimanapun, difahamkan model SUV yang dibentangkan oleh Gales adalah model baharu dan bukan Lotus APX.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *