Chevrolet Malibu… menanti penuh debaran

By  |  0 Comments

chevrolet-malibu-microsite-scp

Masih bermain teka-teki bilakah tarikh pelancarannya di Malaysia, Chevrolet Malaysia telah pun memaparkan imej teaser promosi model Chevrolet Malibu ini di dalam laman mikro rasmi mereka.

Dengan memaparkan beberapa imej termasuk bahagian papan pemuka, lampu belakang yang diinspirasi berdasarkan model Camaro, keyless entry dan juga skrin paparan bagi kamera undur. Malah Chevrolet juga sudah pun membuka pendaftaran bagi mereka yang berminat, ini bermakna detik pelancaranya sudah tidak lama lagi. Mungkinkah awal September ini?

malibu-red

Pada awal Januari lalu, risalah Malibu telah pun berjaya diperoleh oleh geng Paultan.org. Kemudian dua bulan selepas itu, laman web oto.my pula telah mempromosikan model Malibu 2.4 Ecotec dengan harga jangkaan RM163,000.

Pada Julai lalu pula, kelihatan model Malibu telah dipamerkan secara tidak rasmi di Naza Automall PJ dan menurut risikan, harga yang bakal ditawarkan adalah sekitar RM175,000.

Walau bagaimana pun, penjana kuasa bagi Malibu untuk pasaran Malaysia masih menjadi tanda tanya. Namun kemungkinan besar, ia dijanakan oleh enjin 2.4 liter Ecotec empat-silinder yang mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 165hp dan tork 225Nm dengan padanan transmisi auto Shiftronic enam-kelajuan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *